Tuesday, February 18, 2014

Hanger Tudung

Sebenarnya.. aku mencari solution untuk diri sendiri.. asal masuk kedai tudung je sure belek hanger dia.. pastu siap tanya sales girl tu mana bos dia beli hanger.. i jelly ok.. rumah i tudung bersepah..

Pastu mula la mencari solution untuk hanger tudung sampai terjumpa yg agak berpatutan.. set deal terus sambar.. lepas tu bila tgk tudung rasa best..

Mana ade perempuan yang tak mengidamkan almari yang mcm yg shopping compleks.. teratur je.. jeans gantung dengan jeans.. baju kemeja kerja pelbagai warna.. tudung pelbagai corak tergantung rapi..

Bila dh ada hanger ini rasa puas hati.. Nk puas hati juga? saya jual hanger ini dengan harga yang murah.

Photo

Monday, November 21, 2011

Ciri Ciri Anak Autism

I nak list sini ciri ciri anak autism. Actually ciri ciri ini i ambik dr sini: http://faqihufiddin.blogspot.com/2009/02/kanak-kanak-autisme-ciri-ciri-dan.html


Tapi i akan customizekan dan bagi contoh apa yang berlaku pada Nurhan.


Mcm mana detect Nurhan ade autism:


1. Dia belum bercakap pada usia 2 tahun setengah. I dh mula risau. Bwk dia ke pakar kanak kanak dan raised my concern. Sebelum tu i ada surf psl kanak kanak lambat bercakap and words autism come to my head for the first time.


2. Di refer ke Pakar Kanak Kanak Hospital Putrajaya & Speech Theraphy. Doc minta buat ujian di Pakar HUKM. Try buat appointment tp failed. Diaorg sangat busy dan tiada masa melayan orang biasa mcm kami. 2 kali faks refer letter tp tiada jwpn. 


3. Ke NASOM menjalani screening test Autism. Psychiatric maklumkan mmg terdapat masalah autisme pada Nurhan dan apa next action yang patut kami buat.

Ciri Ciri Anak Autisme: seperti di blog tersebut:

2.1 Komunikasi dan Bahasa
Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut.
- Ini perkara pertama yang didetect pada Nurhan. 

2.2 Kognitif
Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain. 
- the words separa buta akal is too harsh.. tp mereka agak lambat utk berfikir seperti kanak kanak lain. tetapi apabila sesuatu konsep itu difahami, mereka lakukannya dengan mudah.- cth nurhan, masa diajar utk toilet train hanyalah 1 bulan. mula mula just buka diapers waktu siang.. mlm masih pakai.. slowly dibawa ke mlm. Now dia mampu bgtau.. mama.. syyhhhh (utk kencing dan berak) dan tidak pernah sekalipun dalam tempoh pelajaran dia terkencing tilam (lg pandai dr budak normal)

2.3 Interaksi Sosial
Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.
- context nurhan: dia datang bila dipanggil, menoleh bila dipanggil. Dia mmg x suka dipeluk dan dicium kecuali oleh mama.
- akan meminta bantuan org lain utk sesuatu
- suka kan rakan sebaya tp tidak pandai bermain bersama


2.4 Ganguan Emosi
Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.
- gangguan emosi nurhan hanya kalau rancangan kartun dia abis. waktu ni je dia mengamuk. waktu lain tiada masalah emosi

2.5 Perangai dan Sikap
Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu. Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap sesuatu perkara.


2.6 Kesan Sentuhan Fizikal
Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme sangat sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan mereka akan menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut.

3.0 IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di sekolah. Ini kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk mengenal pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi menafsirkan perasaan.

Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught To Read menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa berkurangan, maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Maka, guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai contohnya, guru menanyakan soalan fakta seperti “Apa yang berlaku disini?, apa yang akan berlaku seterusnya?” dan sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti berbanding bahan yang berbentuk fantasi.

Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti membaca untuk autistic suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan Authetic High Interest Visual Material. Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak autisti memiliki pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan bahasa tetapi dalam bentuk gambar rajah.

Menurut Vacca (2007) , beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa dalam memulakan pengajaran untuk kanak-kanak autistik, guru perlu mengikut minatnya terlebih dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta kanak-kanak autistic melukis kartun lawak dan kemudian menulis penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar tersebut.

Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian walaupun adakalanya mereka tidak memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan.

Semasa mengajar, guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan perasaan mereka. Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke arah negatif seperti mencederakan diri atau orang lain.

Friday, November 18, 2011

autism support group & high quality educational toys

Hi..

recently.. (tak la berapa recent sebab dh dekat setengah tahun.. aahahah). i join support group utk Autism. Most  in here are parents that seek for help in each other.. Mcm yang baru mengenali autism macam i, i might need advise from parents that have gone this pain earlier than me. alhamdulillah.. there are all very supportive. I notice ada juga parents dari Singapore seek for advise in this group.

Yahoo Group: http://health.groups.yahoo.com/group/klbiomed/
you can find this group at fb too: https://www.facebook.com/profile.php?id=100000849494160

But parents more active in yahoo groups. You can find many good articles and response from parents.

For online toys: mostly i bought from: http://www.littlereaders.com; http://www.littlewhiz.com and http://www.senses-at-play.com. There are educational toys that suits the autism kids.

From this yahoo groups i found that they claimed that autism is treatable. Of course it will need 2 main factor: u need money and u need resource (time). Money is something that parents can works it on. I do believe as parents we will do anything to help our kids.

I will create one post autism behavior. Use it to identify to child and go and seek help from doctors if u have weird feeling about our child...

Monday, May 30, 2011

Unit pendidikan khas..

dh lama tak berblog.. meh nk citer menda yg buat angin pagi pagi buta... heheh

as known.. nurhan dh diregistered as OKU.. masa last speech terapi, Pn Hasniza dr Hospital Putrajaya byk bg tips utk rangsang nurhan and advised pd parents.. akmaklumla.. parents dia pun x penah lg ade anak sekolah..

so kitaorg disuruh mendaftar kt pejabat pendidikan daerah, unit pendidikan khas.. sbb kad OKU lum kluar.. (giler babai.. kata 2 bulan je.. ni dh 3 bulan tade kad lg).. JKM bg kitaorg surat je sbg pengesahan OKU..

aku pun mula la mencari mcm mana nk daftar nurhan ni ke sekolah.. so bukak website sana sini.. ade la website Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.. since call diaorg x jwp..so aku email ja ke kaunter pertanyaan.. hebat website ni.. :)

meh tgk jwpn diaorg utk soalan aku:

Soalan:
Date: 2011-05-30 12:27:34

Name: Norfaizah Mohd Puad
E-mail: xxxxxxxx
Message:
saya nk daftarkan anak utk ke pendidikan khas.. boleh maklumkan procedure?

JwpnDate: 2011-05-31 01:55:44
Name: matseri
Message:
sila rujuk pn. RAden (Blok C) di PPD Hulu Langat. Terima kasih.
Best regards,
MUHAMMAD YUSRI BIN YUSOF
PPD HULU LANGAT
http://www.ppdhl.net/



Wednesday, March 2, 2011

OKU registration

hmmm kena registerkan nurhan as OKU.. seems like malaysia dh terima autism as part of gangguan pd development kanak kanak..

here things that u need to have:

1. Borang yg telah disahkan oleh doktor
2. 3 keping gambar
3. salinan sijil lahir..

Friday, October 22, 2010

Autism - How its effect my life..

Well..

lama x blogging.. ahahha.. bukan psl per.. selain kunzense.. byk lg menda lain yg nk difokuskan.. byk betul isu dan cabaran.. kalau tak.. takkan lah ia dinamakan kehidupan..

tertanya - tanyakan kenapa nak bercerita pasal autism? sebelum tu.. nk cerita psl jari jemari aku nih.. haih.. memang susah bila dah terkena virus sms.. semuanya aku taip dengan bahasa sms.. hai la norfaizah.. gunalah bahasa melayu tu dengan baik..

autism spectrum disorder: deifinasi: Autism is a disorder of neural development characterized by impaired social interaction and communication, and by restricted and repetitive behavior. These signs all begin before a child is three years old, ( http://en.wikipedia.org/wiki/Autism).

Bahasa mudah: disorder: bukan kebiasaan..

Apa yg luar biasa?: Anak - anak ini memang luar biasa. Mereka dilahirkan dengan normal. Fizikal yg normal. Bayi yang comel. Hanya setelah 2-3 tahun anda sebagai ibu bapa dapat mengesan sesuatu yang tidak kena. Tetapi sebagai parent yg bukan bekerja sebagai doktor, jururawat, pembantu kesihatan.. anda pun tidak pasti apa yang tidak kena dengan anak anda.

Berbalik pada persoalan td: apa yang luar biasa? hmmm kalau zaman ibu bapa kita dahulu.. saya pasti anak - anak ini dikategorikan sebagai kanak - kanak lembam. Lembam tau.. bukan lembab. Tidak pasti pula saya.. kenapa LEMBAM.. yang saya ingat masa bersekolah rendah di kampung dahulu.. memang ada 1 kelas dinamakan kelas pemulihan. Di situlah semua murid - murid nakal, hyperaktif, tidak boleh membaca, menulis, kencing dalam kelas dan penakut ditempatkan. Cikgunya juga sangat garang. Masa kecil - kecil dulu saya selalu pandang rendah pada kawan - kawan sebegini.. pada saya.. mereka semua memang jahat dan malas.. sedikitpun saya tidak tahu mengenai disleksia, autism, ADHD dan macam macam lg ganguan perkembangan kanak kanak.

Soalan kenapa saya bangkitkan autism?: Anak saya kemungkinan salah seorang darinya. Bila saya berkata kemungkinan.. hati saya masih berharap dia bukanlah autism.. dia hanyalah lambat bercakap.. lambat berfikir, lambat memberi tindak balas.. tp hakikat masih belum diketahui.

Kami (saya dan suami) mengesyaki dan berasa tidak sedap hati apabila anak tersayang Nurhan Adlina berusia 2 tahun dan masih belum boleh bercakap. Pada umurnya 2 tahun setengah.. kami mula membawa dia berjumpa pakar kanak - kanak untuk berbincang. Diberikan surat refer ke Hospital Putrajaya, kami berjaya membuat temujanji sebulan selepas itu. Sesi Speech Terapi bermula 4 minggu. Therapist refer kan kami ke Pakar Kanak - Kanak Hospital Putrajaya yang selepas membuat screening mengesyaki Nurhan memang menghidapi autism. Selain dari itu, kes Nurhan ini juga direfer ke Occupational Therapy kerana anak - anak autism ini selalunya menghadapi masalah fokus. Kes ini di refer ke Pakar Psikiatari UKM yg sehingga kini masih belum dapat berjumpa kerana dengan alasan hendak berpindah ke bangunan baru.

Saya tidak pernah menyesal dapat anak sebaik dan secomel Nurhan Adlina. Dialah buah hati saya. Selagi masih hidup saya akan berusaha sepenuhnya untuk dia. Mencari program - program terbaik untuk membolehkan dia berdikari sekiranya saya tiada lagi nanti.

Next entry: saya akan share di mana boleh mendapatkan mainan - mainan utk kanak - kanak autism, support group and Early Intervention Program.

Monday, September 20, 2010

Percayakah?

sejauh mana kepercayaan kita pd benda2 yg kita x nampak mcm syaitan (yg ni mmg konfirm ade.. ), iblis (konfirm ade gak), hantu (wujudkah?), bunian (hmmm), jin (ni mmg ade rasanya)..

sejauh mana pula kebenaran ttg mainan alam ghaib? saling menhantar.. santau.. mengirim.. susuk.. bermain? mmg ada kah?

sejauh manakah kita mengenal diri sendiri.. keseorangankah? bertemankah? ade yg mendampingkah?

hmmmm.. betul ke semua ni terjadi? sekarang baru rasa nk percaya..